Pengeluaran Bersih merupakan aplikasi berterusan strategi alam sekitar bersepadu yang diaplikasikan kepada proses, produk dan perkhidmatan untuk meningkatkan kecekapan eko dan mengurangkan risiko kepada manusia dan alam sekitar. Pengeluaran Bersih boleh di aplikasikan kepada proses-proses, produk dan berbagai perkhidmatan yang diberikan kepada masyarakat. Sistem Pengurusan dan Pemantauan Industri Hijau (SPPIH) adalah sistem yang membantu dalam pengurusan dan pemantauan audit pengeluaran bersih.